Friday 20 October 2017

Naskah Yang Memberi Pengalaman Dan Perspektif Baharu

Ini bukan ebook panduan cemerlang yang biasa kita baca. Membacanya memberi pengalaman dan perspektif baharu bagi saya dalam mendidik anak. Istimewanya ebook ini adalah bagaimana pasangan ini mendidik anak disleksia mereka untuk cemerlang UPSR. Bukan sahaja cemerlang UPSR tapi cemerlang dalam apa jua yang dilakukannya.

Ia ditulis berdasarkan pengalaman Puan Mazlina Omar sendiri, seorang usahawan pendidikan, yang terpaksa melepaskan perniagaan taska dan tadika demi mendidik anak Disleksia. Perkongsian bagaimana beliau dan suami menghantar anak ini ke kelas-kelas yang meransang minda dan persediaan bagaimana menguruskan masa di antara urusan rumah tangga dan mendidik anak serta memberi semangat kepada anak ini untuk terus berusaha. Berkat kesabaran dan usaha tanpa henti, anak ini berjaya menghadapi Ujian Linus dan diletakkan dalam aliran perdana tanpa perlu memasuki kelas khas atau kelas pemulihan.

InsyaAllah, perkongsian ebook ini dapat membantu para ibu bapa di luar sana yang berada di situasi sama seperti Puan Mazlina Omar. Ebook ini menyuntik kekuatan dan semangat ibu bapa untuk menempuh cabaran mendidik anak Disleksia atau apa sahaja masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anak mereka. Ia juga memberi kesedaran kepada kita bahawa mempunyai anak istimewa yang bermasalah dalam pelajaran bukanlah penghalang untuk anak ini mencapai kejayaan.

Daripada,
Usahawan Kraf Felt
Puan Nurul Hidayah Harun



No comments:

Post a Comment