Tuesday 31 October 2017

25 Kesalahan Ibu Bapa

Teks: Mazlina binti Omar

Assalamualaikum ibu bapa yang budiman sekalian. Salam keceriaan saya hulurkan buat anda sebagai ibu bapa yang sentiasa mengimpikan kejayaan cemerlang buat permata hati anda. Alhamdulillah minggu ini kebanyakan sekolah sudah selesai Peperiksaan Akhir Tahun. Tidak ketinggalan ada sekolah yang sudah mula mengedarkan skrip jawapan anak. Tahniah kepada ibu bapa yang telah membantu anak berjaya. Semoga kejayaan terus datang hendaknya.

Pepatah Melayu ada mengatakan,”Yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan”.
Berikut saya kongsikan beberapa kesilapan yang adakalanya ibu bapa lakukan dan akhirnya menjadi penghalang kejayaan anak. Perkongsian ini diharap membantu ibu bapa bertindak positif dalam usaha memajukan pendidikan anak pada tahun 2018 nanti.

Senarai kesalahan dan kesilapan ibu bapa

Kesalahan 1 Salah anggapan
Ibu bapa tidak menganggap anak mereka sangat bijak.

Kesalahan 2 Anak yang salah
Ibu bapa sering menyalahkan anak kerana tidak cemerlang.

Kesalahan 3 Tiada contoh teladan
Ibu bapa tidak belajar bersama anak.

Kesalahan 4 Contoh yang salah
Ibu bapa sering memuji anak orang lain.
  
Kesalahan 5 Tiada penghargaan
Ibu bapa tidak pernah menghadiahkan anak bahan yang mengandungi elemen ilmiah.

Kesalahan 6 Sikap pasif
Ibu bapa tidak hadir majlis dan program anjuran sekolah.

Kesalahan 7 Kurang kesedaran
Ibu bapa tidak menghargai bakat dan kebolehan anak.

Kesalahan 8 Tidak kreatif
Ibu bapa tidak kreatif mendidik anak belajar.

Kesalahan 9 Keseorangan
Ibu bapa tidak berusaha membantu menyiapkan kerja sekolah anak.

Kesalahan 10 Kebebasan anak
Ibu bapa tidak membenarkan anak bebas dalam membuat keputusan yang boleh membantu dirinya berjaya dalam akademik.

Kesalahan 11 Motivasi
Ibu bapa tidak menerapkan keyakinan kepada anak

Kesalahan 12 Empat dalam satu
Ibu bapa enggan menyuruh anak melakukan tugas lain selain belajar

Kesalahan 13 Kurang bajet
Ibu bapa tidak suka berbelanja dalam pendidikan.

Kesalahan 14 Suka yang percuma
Ibu bapa sering berjimat dalam pendidikan.

Kesalahan 15 Suasana belajar
Ibu tidak membuka ruang untuk anak belajar dalam suasana yang menarik.

Kesalahan 16 Tiada dorongan
Ibu bapa tidak menyokong minat anak apatah lagi memberi dorongan kepadanya.

Kesalahan 17 Tidak mahu tingkat motivasi
Ibu enggan membaca buku motivasi atau menghadiri bengkel dalam usaha membantu kecemerlangan anak.

Kesalahan 17 Katak bawah tempurung
Ibu bapa tidak cakna tentang pendidikan seperti mengambil tahu format peperiksaan, kandungan dan sukatan pelajaran.

Kesalahan 18 Hanya ibu atau bapa
Ibu atau bapa sahaja yang melihat perkembangan dan membantu pendidikan anak iaitu biasanya pendidikan dilepaskan kepada kaum ibu sahaja.

Kesalahan 19 Kurang persediaan
Ibu bapa tidak bersedia awal, membantu anak mengulang kaji. Setiap hari mengulangi perkataan nanti atau mula esok sahaja.

Kesalahan 20 Aku pun boleh!
Ibu bapa enggan berguru atau mendapatkan khidmat “coaching” dalam usaha meningkatkan prestasi anak.

Kesalahan 21 Hanya satu contoh sahaja
Ibu bapa hanya bergantung kepada satu rujukan sahaja dan tidak menerapkan “blended learning”.

Kesalahan 22 Hanya puji tiada hadiah
Ibu bapa tidak memberikan intensif terhadap usaha anak.

Kesalahan 23 Rugi bayar pendidikan
Ibu bapa tidak menganggap pendidikan ialah pelaburan.

Kesalahan 24 Tidak mahu tambah ilmu
Ibu bapa tidak menambahkan ilmu untuk membantu anak cemerlang

Kesalahan 25 Takdir anak kurang pandai
Ibu bapa hanya berserah kepada takdir, anak corot ialah satu ketentuan Ilahi. Kesimpulannnya berhenti berusaha.

Pernyataan yang saya nyatakan di atas ialah antara kesalahan yang saya lakukan. Saya juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan. Apa yang membanggakan diri ialah bagaimana saya bangkit dan terus membawa anak mengecapi kecemerlangan tersebut. Saya berkongsi cerita bagaimana saya menuju dan memimpin anak disleksia saya menuju kecemerlangan dalam ebook mini di laman blog saya. Semoga kisah saya ini memberi inspirasi buat ibu bapa di luar sana untuk tidak mengulangi kesilapan sebaliknya mengambil tindakan positif saya untuk memacu kejayaaan anak kalian.

Kepada ibu bapa yang ingin membaca ebook mini saya yang bertajuk Panduan Cemerlang UPSR, bolehlah
Hantarkan emel kalian melalui
Whatsapp dan Tanya Teacher Ina di link berikut




No comments:

Post a Comment