Tuesday 24 October 2017

Naskah Pertama Sempena Hari Lahir

Teks: Mazlina binti Omar

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya siapkan naskah Panduan Cemerlang UPSR.  Ia merupakan sebuah ebook pertama yang telah saya kongsikan bagaimana membawa anakanda sulung, Hatim Hayyan bin Hasnol ke arah kecemerlangan di peringkat sekolah rendah.

Siapakah yang sesuai membaca ebook ini?
Ebook ini secara ikhlasnya ditujukan khas buat ibu bapa yang ingin meraih kecemerlangan buat anak mereka dalam UPSR 2018. Umum telah mengetahui bahawa anakanda saya merupaka seorang kanak-kanak Disleksia. Melalui naskah ini saya ceritakan bagaimana saya membantu anak saya berjaya belajar di dalam aliran perdana, tidak pernah gagal dalam Ujian Linus dan tidak pula terpilih untuk berada dalam Kelas Khas atau Pemulihan. Pada saya kejayaan tersebut sudah membuktikan bahawa anak saya cemerlang sebagai seorang kanak-kanak Disleksia. Selain itu, antara kejayaan yang terakhir sebelum keputusan sebenar UPSR 2017 ialah, anak saya berjaya mendapat keputusan yang agak memuaskan pada Peperiksaan Percubaan UPSR 2017 iaitu meraih Bahasa Melayu Pemahaman A. Pada saya itu pun sudah cemerlang. Alhamdulillah.

Apabila ibu bapa berminat membeli dan membaca ebook ini, saya pasti ibu bapa sudah memiliki personaliti seperti saya, yakni mengingini kejayaan anak-anak. Naskah ini ditulis agar ia mampu memotivasikan ibu bapa yang mempunyai anak seperti saya atau sesiapa sahaja yang dambakan kejayaan anak mereka.

Melalui Panduan Cemerlang UPSR ini, saya turut berkongsi rahisa, cara-cara, langkah dan teknik yang harus dilakukan untuk mengatur langkah mendaki gunung kejayaan. Selain itu, saya turut membantu ibu bapa mencari sebab mengapa anak susah mendapat kecemerlangan, berdasarkan beberapa kesilapan yang dilakukan semasa belajar.

Pengalaman yang dikongsi bukan sekadar omongan kosong kerana saya bercerita berdasarkan input dan fakta yang benar, yang pernah saya garap menerusi sesi terapi khas bersama pakar kanak-kanak dan ahli terapi. Naskah ini sangat padat dengan pengurusan minda yang sangat sesuai diaplikasikan kepada murid yang lemah dan sederhana.

Marilah bersama saya mengutip ilmu dan ikuti kisah jatuh dan bangun saya dalam mendidik anak disleksia ini.

Sebelum mengakhiri nukilan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih buat suami, ibu bapa, guru-guru budiman Sekolah Kebangsaan Bedong, dan mereka yang telah membantu anak saya secara langsung atau tidak dalam membawa kecemerlangan buatnya.

Sekian terima kasih.
Mazlina binti Omar
https://panduancemerlangupsr.blogspot.my/ 

http://mazlinabintiomar.wasap.my/ 



No comments:

Post a Comment