Tuesday 24 October 2017

Ambil Berat, Duduk Bersama Ketika Belajar

Cikgu Mazlina adalah seorang ibu yang hebat. Beliau diuji dengan anak yang mengidap disleksia. Tahniah untuk Cikgu Mazlina di atas kejayaan cikgu mendidik Hatim Hayyan.


Kisah pengalaman cikgu yang digarap dalam ebook ini juga sangat sesuai untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang mengidap disleksia.


Penulisan Puan Mazlina amat menitik beratkan peranan ibu bapa di dalam kecemerlangan anak-anak. Antara perkongsian beliau, ibu bapa perlu duduk bersama ketika anak belajar dan sentiasa bertanya tentang akademik anak. Untuk berjaya, bukan sekadar menyerahkan tanggung jawab kepada guru, malah ibu bapa juga perlu mengambil berat.


Saya sungguh teruja melihat Cikgu Mazlina yang sentiasa mencuba pelbagai kaedah dan mengubah teknik belajar jika rangsangan akademik yang digunakan tiada kemajuan buat anak beliau. Ibu bapa yang ingin tahu tentang kepelbagaian teknik, rangsangan dan pengurusan minda ini, bolehlah mendapatkan naskah ini dengan segera. 

Ikhlas, 
Puan Syatirah
Pakar Perbidanan dan Masalah Wanita






No comments:

Post a Comment